CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

15 June 2010

Kamu dilamun cinta!




Tahniah! – kerana kamu sedang dilamun cinta! Pasti segala-galanya sangat indah pada ketika ini – tapi awas! Jangan kamu memberikan cinta kamu sepenuhnya pada si dia. Jangan jadikan hubungan cinta yang baru berputik ini sebagai asas kehidupan anda pada masa ini. Buat masa sekarang, jangan menganggap si dia adalah segala-galanya bagi diri anda! Kerana anda mungkin akan meninggalkan kehidupan lama anda untuk menikmati suatu kehidupan yang hanya ada si dia semata-mata. Contohnya, jika teman anda berkata bahawa dia minat muzik rock, tiba-tiba anda pun mengaku sama! Walhal sebenarnya anda seorang yang berjiwa sentimental dan romantik dan tak pernah mendengar pun muzik rock! Kesimpulannya, anda boleh bercinta bagai nak rak, tapi jangan hilangkan identity diri anda sendiri. Kekalkan siapa anda dan teruskanlah mengukir jalan ke arah suatu hubungan cinta yang lebih berkekalan.

0 comments: