CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

06 November 2008

Setanggi Syurga

Disaat sirna mentari pagi
Aku ibarat meningkah arus yang sepi
Menyusuri lorong-lorong suram
Tanpa padam iman di hati
Saat ia ternantikan lambaian ilahi
Terasa terseksa amat jiwaku
Biarpun kutumpahkan sejernih mutiara
Ia tetap di sapa jua
Kutagih luka semalam
Dengan menanti janji yang diberikan
Kalaupun telah tiada
Akan kusimpan buat kenangan
Untuknya di setanggi syurga

Mentari Senja

Senja itu
Senja itu ada di mataku
Senja itu ada di balik pelangi
Senja itu ada di balik sirna mentari petang

Senja itu
membuat aku bangkit dari kelalaian
menunjukkan aku jalan kebenaran
membawa aku ke alam bahagia

Senja itu
Hanya mampu kutatap dengan kurnia ilahi
Hanya mampu kulihat tapi tak mampu kujamah
Hanya mampu kulukis dalam gambaran hatiku

Senja itu
Memberi aku getaran di dada
Mengajar aku mengenal pelbagai rasa
Meskipun hanya merasa desah derita

Seluas samudera

Ku redah gelora samudera, ku daki lurah yang curam,ku gengam azam dan tekad untuk menjulang cebisan harapan…buatmu bonda kasih tercinta akan ku kutip janji yang tersisa…demi menjulang tekad nan waja akan ku lepaskan lelah di persada jaya…meski hanya mencurah setitik bahagia...