CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17 November 2008

sahabat


ku harapkan persahabatan ini kekal abadi..
agar ukhwah tetap terlihat...
menjadi syafaat..
terukir indah di pintu jannah..

06 November 2008

Setanggi Syurga

Disaat sirna mentari pagi
Aku ibarat meningkah arus yang sepi
Menyusuri lorong-lorong suram
Tanpa padam iman di hati
Saat ia ternantikan lambaian ilahi
Terasa terseksa amat jiwaku
Biarpun kutumpahkan sejernih mutiara
Ia tetap di sapa jua
Kutagih luka semalam
Dengan menanti janji yang diberikan
Kalaupun telah tiada
Akan kusimpan buat kenangan
Untuknya di setanggi syurga

Mentari Senja

Senja itu
Senja itu ada di mataku
Senja itu ada di balik pelangi
Senja itu ada di balik sirna mentari petang

Senja itu
membuat aku bangkit dari kelalaian
menunjukkan aku jalan kebenaran
membawa aku ke alam bahagia

Senja itu
Hanya mampu kutatap dengan kurnia ilahi
Hanya mampu kulihat tapi tak mampu kujamah
Hanya mampu kulukis dalam gambaran hatiku

Senja itu
Memberi aku getaran di dada
Mengajar aku mengenal pelbagai rasa
Meskipun hanya merasa desah derita

Seluas samudera

Ku redah gelora samudera, ku daki lurah yang curam,ku gengam azam dan tekad untuk menjulang cebisan harapan…buatmu bonda kasih tercinta akan ku kutip janji yang tersisa…demi menjulang tekad nan waja akan ku lepaskan lelah di persada jaya…meski hanya mencurah setitik bahagia...

29 October 2008

Hatiku yang gerimis

salam buat kalian...
Sekarang hati aku tidak cukup tenang..semakin dekat peperiksaan, semakin bimbang...bimbang aku menghampakan kedua orang tuaku lagi..banyak yang menghantui jiwa aku sekarang. terkadang aku rasakan jiwa aku tak pernah tenang.terlalu banyak yang nakku fikirkan..walaupun abah aku tak mahu aku fikir tapi aku tetap juga risau... entah apalagi yang terjadi dalam keluarga kami... aku sentiasa menanti panggilan telefon kakakku seperti dahulu, rindu panggilan darinya... semoga hubungan kami sekeluarga kembali pulih seperti dulu.... aku rindu kemesraan dahulu...

Salam buat teman-teman seperjuanganku....

Hari ini aku luangkan sedikit masa untuk mencatatkan keadaan diriku...Pagi selasa semalam membuatkan aku dalam debaran..bangun dari lena badanku berpeluh. badan terasa amat lemah. untuk merangkappun aku tak mampu..namun, untuk mencari bantuan aku terpaksa jua gagahkan diri turun ke tingkap bawah untuk kejutkan sepupuku yang sedang lena tidur. tapi belum pun sempat aku mendekatinya aku jatuh ke lantai dengan badan yang lemah longlai.. entahlah, aku sangkakan aku takkan sedarkan diri lagi... alhamdulillah aku kembali sihat setelah seharian berehat...buat sahabat-sahabatku jagalah kesihatan..lagipun exam dah dekat. wassalam

20 October 2008

Laluan ke makam.......


Menyusuri lembah-lembah hutan..demi mengali tempat-tempat bersejarah..selaku pewarisnya kami menyedekahkan umul kitab...al-fatihah. Melihat makam sultan melayu dahulu yang terbiar ditumbuhi lalang membuat kami dirundum gerimis...demi warisan melayu sebagai pewarisnya haruslah mengangkat kedaulatannya. Sepanjang perjalanan kami ke perak...itulah kami bawa pulang....secebis kenangan yang terlalu ampuh untuk dimusnahkan....perak yang bersejarah

16 October 2008

Sebelum melelapkan mata aku mengapai novel ayat-ayat cinta... bila membaca novel itu aku ingin sekali mengenali watak Fahri... dan aku ingin mengetahui mengapa orang kata "membaca novel itu hati menjadi gerimis...." namun apa yang aku harapkan dengan membaca novel itu aku dapat mendalamkan kosa kata...apatah lagi sekarang, ketika dalam ketandusan idea untuk meneruskan penulisan cerpenku itu....

15 October 2008

Ayat-ayat cinta

`Ayat-ayat cinta'... Tentunya ada yang telah menonton dan mendengar lagunya...Pada aku maksud cerita ini terlalu mendalam meskipun aku masih belum berkesempatan menonton ceritanya... malah dengan mendengar lagunya kita seolah-olah dapat memahami maksud cinta yang ingin disampaikan bukan sekadar cinta biasa....
Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Salam lebaran

Assalamualaikum..

Dalam meniti hari-hari sebagai seorang pelajar aku turut merasakan keresahan sebagai seorang anak ynag diharapkan dapat memberikan perubahan pada kehidupan. Terkadang aku resah dalam perjuanganku... Masih terasa pelukan ibuku semasa membisikkan harapannya...

18 September 2008

Salam pertengahan ramadhan

Dalam ruangan ini akan aku cuba coretkan perihal kehidupan harian aku.. apa yang kita semua tahu menerusi ruangan ini, kita akan lebih mengenal akan kehidupan atau mungkin rahsia hati yang boleh dikongsi bersama-sama rakan persuratan. :) salam persuratan!. Apa jua boleh kita kongsi bersama. moga bersua lagi...