CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

24 February 2010

pilihan hati

Ya Allah Ya Tuhanku
seandainya dia menjadi milikku,
tercipta untukku,
dekatkanlah dia padaku,
satukanlah hatinya dan hatiku,
tetapkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan ini abadi,

Ya Allah Ya Tuhanku,
seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
dan peliharalah diriku dari kekecewaan,

Ya Allah Ya Tuhanku,
berikanlah diriku kekuatan,
melontarkan bayangannya ke dada langit,
agarku rasa bahagia,
walaupun tanpa dirinya,
gantikanlah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
meskipun tak sama dengan dirinya,
seandainya dia datang menemuiku,
cinta itu adalah cinta sejati dan satu,
seandainya dia tidak datang menemuiku,
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi,

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah apa yang engkau takdirkan,
adalah yang terbaik untukku,
kerana engkau maha mengetahui,
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini,

Ya Allah cukupkanlah engkau saja yang menjadi pemeliharaku,
di dunia dan di akhirat,
dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini,
janganengkau biarkan aku sendirian,
di dunia mahupun di akhirat,
menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama2 dapat membina,
kesejahteraan hidup yang engkau redhai,
dan kurnikanlah padaku, keturunan yang soleh..

0 comments: